Instagram : @artotes.co

Dapur Kekja : Kacang Panggang + Telur


Breakfast adalah sangat penting kepada kesihatan perut. Sebab, pada waktu pagilah pankreas akan merembeskan jus pankreas iaitu asid hidroklorik (HCl) kepada perut dengan tujuan untuk mencernakan makanan. Tapi kalau korang tak makan pagi, asid itu akan mencerna apa? Yes! Asid itu akan menghakis dinding perut yang akan mengakibatkan gastrik. dan kalau korang nak tahu, ia merupakan asid kuat! Kalau rasa malas nak brekpes, fikirlah tentang asid kuat yang akan menghakis dinding perut tu. Huishhhh ngeri!

Sungguh ke-biology-an intoduction untuk resepi ini. Hahahah. So, THIS IS MY FAVORITE BREKPES! selain nasi, semuanya favorite saya. kah!

Bahan masak :  

1. Kacang Panggang - 2 tin (besar) *boleh tiga orang makan.
2.  Telur - 3 (kira lah berapa orang nak makan)
3. Bawang putih - 5ulas diketuk-cincang
4. Bawang merah - 2 biji (hiris)
5. Sos Cili

Cara masak : 

1. Panaskan minyak. Goreng semua telur mata.

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang putih.
3. Bila dah coklat, masukkan hirisan bawang merah.
4. Biarkan geng bawang tu masak.
5. Masukkan Sos Cili (agak-agak je) *baiklah, dalam dua kali tuang. kalau sekali tuang dah banyak, ok stop.
6. Kacau, bagi masak. naik minyak sikit.
7. Masukkan 2tin kacang panggang.
8. Kacau bagi masak lama. Pastu dah siap!
/

Selamat brekpes! Bismillahhhhh.


Post a Comment

Komen anda amat saya hargai!

Previous Post Next Post

Contact Form