Faezah Mdnor Official Blog
About me Linkies Dapur Kekja My diary Tarbiah Hati

Nur Faezah bt Mohamad Nor
BLOGGER | MALAYSIA
what are our preparation to die tomorrow?
Status: A blogger since 1st January 2011

orang usha blog

Tagboard



Contact Me
Instagram


Blog archive

  • Respect My (PMS)
  • PENGUMUMAN PEMENANG GIVEAWAY
  • 18 & A babysitter
  • Giveaway TAMAT
  • Notes from 2016
  • Appreciation Post
  • Senarai Peserta Giveaway
  • Dapur Kekja : Kek Batik
  • Bloglist Tarbiah
  • Tips cantik paling berkesan!


  • This Blog Sponsored by :



    Followers!



    Kekja A Babysitter
    Thursday, 12 January 2017 | 0Comment(s)

    Assalamualaiku, pagi! saya menulis harini sebagai note untuk diri saya bila dah ada anak sendiri nanti (bila tuuu?). Kadang fikrah yang suci sekarang ini lebih baik untuk memberi peringatan dan nasihat untuk diri sendiri berbanding fikrah seorang ibu yang dah terjebak dengan ibu-ibu yang lain. Contohnya yang suka pertaruhkan anak mereka. Sekarang lah kena bina pendirian lebih tegas supaya anak-anak pun disiplin. oh rendah diri nak cakap pasal ni sebab calon pun takde lagi nih. tetiba cakap pasal anak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAH , perasan

    Saya tahu diri saya yang suka belajar dari apa yang dia lalui hatta perkara itu remeh. Sebab dengan itu, mengajar kita untuk sentiasa berfikir dan mengagumi kebesaran Allah. Apa yang membuatkan saya terfikir pasal ni, sebab saya scroll instagram dan ada satu gambar quotes macam ni " Your Child Will Follow Your Example, Not Your Advice" . Seriusly quote ni penting. Sangat penting. Hatta sekarang ni pun dah nampak banyak perkara bahawa quote ni betul dan tepat. so gunalah prinsip "Actions speak louder than Words".

    Ok sebelum cakap pasal anak orang, kita cakap pasal adik sendiri dulu. Saya ada seorang adik perempuan yang beza 2 tahun dengan saya. Saya nampak dia banyak ikut cara saya walaupun dia menafikannya. Itu ego namanya. Tapi kekadang dia lebih suka ikut yang buruk. So, itu satu hal penting iaitu manusia ni lebih cenderung perkara buruk. Macam hemoglobin lah, kalau ada dua pilihan sama ada oksigen atau monoksida contohnya. Hemoglobin lebih cenderung untuk bergabung dengan monoksida berbanding oksigen . Padahal sel badan memerlukan oksigen untuk terus melakukan fungsinya. So, bila tunjuk sekali je perangai buruk, terus nak ikut. Tapi kalau tunjuk perangai baik, kita kena istiqamah barulah dia yakin untuk ikut. Saya dapat faham kalau nak ajak orang buat baik biarlah kita buat dulu. "Actions speak louder than word" itu pegangan saya. Biarlah akhlak kita yang mendakwah dia. Tak perlu cakap banyak. (kekadang sentap dengan ayat sendiri. haish)

    Tapi mostly my words yang saya bagi pada orang lain adalah untuk diri saya. Bagaimana saya nak tenangkan diri saya bila saya rasa tak best. Macam tulah saya akan bagi pada orang lain. Contohnya, ada seorang sahabat yang tengah sedih. So, saya akan menasihati dia dengan cara yang terbaik sepertimana saya tenangkan diri saya. Saya takkan rasa kecewa sekiranya tidak dihargai sebab dalam saya menenangkan hati dia. Saya juga telah menenangkan hati saya. Itulah ganjaran buat saya.
    So, untuk tidak kecewa buat baik tapi tak dihargai adalah buat perkara baik yang akan datangkan faedah pada diri kita juga. Biology kata mutualisme. Kedua-duanya mendapat faedah.


    Kisahnya, haritu saya tengah bagi Auzi makan. Lepastu si Alanna merangkak datang pada saya sebab dia nampak makanan! Itulah sikap paling ketara dan tak dapat dilindung tentang Alanna. Paling pantang nampak orang makan. Lepastu saya tahan Alanna guna kaki ( sebab tangan dah guna suap Auzi. Lepastu Alanna datang merangkak nak capai makanan, so terpaksa tahan guna kaki. Bila Alanna nak pergi kat Auzi, Auzi tahan guna kaki jugak tapi sis berjaya tepis dan tepuk kaki dia. "Haippp takmo guna kaki. Jangan buat camtu kat adik"..

    Saya terus tersentap sendiri masa tu. Tak cukup bagus lagi nak jadi seorang ummi lah. Dah la I jenis slumber. Tanpa disedari ada seketul budak memerhati dan ikut. Apapun, kena explain pada diorang. Itu apa ini apa. Kenapa boleh, kenapa takboleh. So, dia faham. Dari kecil lah kena dekatkan dengan agama sebenarnya sebab diorang sangat mudah nak ikut apa-apa je.

    Secara tidak langsung ini adalah entry Kisah Ibrah dari Auzi & Alanna kepada Kekja. Semoga Faezah boleh faham dan hadamkan. Untuk ubah diri bukan senang tapi usaha kena ada. One day, bila Allah kata inilah masanya. Semuanya akan jadi seperti yang kita nak selama ni. wallahualam. Hanya perkongsian rasa. Semoga bermanfaat!



    FUTURE
    PAST