Faezah Mdnor Official Blog
About me Linkies Dapur Kekja My diary Tarbiah Hati

Nur Faezah bt Mohamad Nor
BLOGGER | MALAYSIA
what are our preparation to die tomorrow?
Status: A blogger since 1st January 2011

orang usha blog

Tagboard



Contact Me
Instagram


Blog archive

  • Giveaway TAMAT
  • Notes from 2016
  • Appreciation Post
  • Senarai Peserta Giveaway
  • Dapur Kekja : Kek Batik
  • Bloglist Tarbiah
  • Tips cantik paling berkesan!
  • Watch Movies Online Free! (subtitle)
  • Dapur Kekja : Sambal Tepung Lenyek
  • Giveaway 5 years Blogging by Faezah Mdnor


  • This Blog Sponsored by :



    Followers!



    18 & A babysitter
    Wednesday, 4 January 2017 | 0Comment(s)


    Mungkin ini menjadi catatan "who I am" awal tahun 2017 . Helluuuu guys, I'm a babysitter! *tarian piring*  Alhamdulillah setakat ni tak tidur lepas subuh walaupun itu keinginan badan ku. Sebab lepas subuh terus basuh dan susun pinggan lepastu basuh baju dan sidai jika perlu. JIKA PERLU? Jika rajin sebenarnya. uhuhuhu mungkin juga azam tahun ini untuk sentiasa bagus tanpa menjadi hamba mood. 

    Sebelum tu, nak perkenalkan ini Omar Ariff . start jaga dia bulan Ogos 2015 sampailah akhir tahun 2016 . Masa tu dia boleh meniarap je, sampailah sekarang dah boleh sepak bola. Mak aku sayang sangat dekat Omar ni sebab Omar paling manja dengan mak. Lepastu perangai dia pulak mengada-ngada. So, setiap masa mak kena layan dia jeh! Omar rapat dengan Auzi (gambar muka kepit atas tu) . Auzi selalu marah Omar bila Omar kacau dia. Oma! Oma! pastu Omar cakar Auzi. Auzi tak pukul, tapi membebel je. Contohnya Oma! em mumm hujjmakasdjajd ! Oma! Oma! appjdu nbsdhasbb! Rugi tak record masa Auzi bebel Omar. Dia je faham. Memang lawak.



    2/12/2016 - Hari last Omar dengan kitorang lepastu dia pindah Klang. Tengok muka mak, boleh zoom in. Muka nangis. Semua yang di situ menangis kecuali Omar. Tapi Omar macam sayu je. In fact, Omar tak suka aku. Tak suka bila aku pegang dia sebab first meet masa dia baru pandai meniarap tu. Aku dah buat muka geram sampai menggigil , so dia takut. Nightmare. eh tak, Lifemare bagi dia. Tapi lately beberapa hari sebelum dia pindah, dia okay je bila aku dukung. Haish macam faham je nak berjauhan. Benci! 


    Itulah, throwback paling bermakna sepanjang jadi babysitter ni. Mak aku still tak move-on dengan Omar. Dia jerit nama baby kat rumah ni semua dengan nama Omar! Aku rasa time birthday mak aku, elok bawak si Omar ni jadi suprise. Mesti happy sangat. Pergh good idea! Ok, noted.


    Sejak kepergian si Omar, alhamdulillah ramai pulak hantar baby ke sini. Mungkin untuk mengubati hati mak aku yang sayu tu. Setakat ni, ada 4 orang. Nanti aku share gambar ya, 

    Umur terkini (2017)

    Auzi : road to 3 tahun
    Huzair : road to 5 bulan
    Alanna : road to 7 bulan
    Amar : road to 8 bulan 



    Huzair & Alanna


    Amar Danish



    Okay, nanti sambung di entry seterusnya pasal kerenah baby-baby terkini termasuk kerenah babysitter-nya. 



    FUTURE
    PAST