Sunday, 26 June 2016

Jiwa yang baru ( Peristiwa Tercatat)

semalam ada orang tegur, aku ni memang jenis post entry sikit-sikit eh? oh, tak puas baca? Maaf, entry yang ni aku cakap banyak-banyak inshaa Allah. bukan apa, sebab aku pun kadang malas baca entry yang panjang umpama tak bernokhtah. haha, tapi mungkin entry sebelum ni terlalu pendek?
Haha. kfine



10 malam terakhir ramadhan , cepat sangat masa berlalu. sebelum ni kemain excited tunggu ramadhan, rupanya ada kejutan bulan ni. Allahuakbar, cantik je perancangan Allah. Betapa indah perasaan excited tunggu datangnya ramadhan, bukan selalu dapat rasa macam ni. Rupa-rupanya ada makna disebalik rasa ini. Tak terfikir semuanya ini berlaku, tak pernah fikir inilah jawapan setiap pertanyaan yang aku lontarkan dalam doa dan sujud. saat aku terdetik untuk bertanya walau dalam kelas addmath. (nampak sangat selalu mengelamun dalam kelas addmath. k kantoi) dan paling aku bersyukur bila aku dapat hadapi semua ini dengan tenang. Allahuakbar. sangat bermakna dan sangat indah ramadhan kali ini. tak tahu macam mana nk express perasaan ni bagi korang rasa benda sama? satu perasaan yang indah, tenang dan sangatttttt aku dambakan.

Berapa orang je yang menangis kerana takutkan kebesaran Allah? berapa orang je yang nampak betapa besar kekuasaan Allah? berapa orang je yang nak muhasabah diri kenangkan betapa Allah Maha Besar, Maha Kuasa. berapa orang je? aku tak berhak nak menilai, cuma nak tampar hati sendiri supaya bukak mata dan hati . Lihatlah dunia ni,

Dulu bila dengar orang bagi ceramah, pernah penceramah tu cakap. menangislah untuk ummah, menangislah kenangkan ummah zaman kini. Aku tak faham pun apa maksud dia. Maknanya, apa yang penceramah tu sampaikan , tak masuk dalam hati aku. Aku blank.

Dan hari ini. Hari ini, baru aku faham. kenapa penceramah tu cakap macam tu. Luluh hati aku, sedih sangat yaallah. sampai aku jadi takut nak pergi dunia luar. sekarang boleh lah, ada yang marah bila kau buat salah. ada yang kongkong hidup kau. nanti dah study kat luar sana. Ya Allahhhhhhhhhhhhhh
Takpe, aku percaya Allah sentiasa tunjukkan aku jalan. Aamiin.

Cukuplah hanya aku yang tahu apa yang Allah tunjukkan pada aku dalam bulan penuh barakah ini.
Segala jenis kebenaran yang Allah tunjuk pada korang, terimalah dengan hati yang lapang. Sebab ada perkara yang kita suka, belum tentu baik untuk kita. dan boleh jadi perkara yang kita benci , itulah yang terbaik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Husnudzon dengan Allah :)

save the date : (20/6/2016) bersamaan 15 Ramadhan 1437H.




p/s : menulis entry ditemani Opick- Rapuh. mana tak feelingnya aku cerita. Haha

bukan rekaan, cerita hati.
@fzhmdnr


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI