Sunday, 26 July 2015

Dapur Kekja :Cheesekut


(gambar sendiri ok. official fzhmdnr )

Alhamdulillah ramai kata sedap cheesekut ni. aku dah try buat, memang sedap. huhu tapi biasalah cheese memang agak muak lah kalau makan bebanyak. Tapi memang sedap dan korang kena try!
aku ajarkan cheesekut dlm bekas muffin .

Letme teach you :)

Bahan : 

- Biskut Marie. (bukan coffee)
- Tatura cheese (250ml)
- Whipping cream (200ml)
- Susu dutchlady low fat
- bekas muffin

Cara-cara buat cheesekut :

1- Isi 200ml whipping cream dalam mangkuk dan mix sampai dia cair (gunakan mixer)

2- Isi 250ml tature cheese dlm mangkuk lain dan mix smpai dia takde ketul ketul.

3- masukkan whipping cream yang dah mix, ke dalam mangkuk tatura cheese yang sudah di mix tadi.
dan mix lah mereka bagi sebati. huhuhuhu

- dah siap mix, letak tepi dan teruskan langkah 3 -

3- Isi susu dutchlady dalam periuk dan panaskan. *panaskan sekejap je
(agak agak je banyak mana susu sebab nak buat celup biskut marie)

4- Ambil sekeping biskut marie, celup dalam susu dutchlady yang dah dipanaskan tadi. 
(celup sekejap je!! takut nnti biskut lembik sgt)

5- masukkan biskut yg dh dicelup dlm susu, ke dalam bekas muffin.
6- ambil cheese yg sudah di mix dgn whipping cream, ratakan atas biskut tu.

7- Ulang langkah 5,6 sampai penuh bekas muffin tu.

8- boleh hias , letak coklat rice ke atas skali. lepastu masukkan dalam peti sejuk.

Siap!! selepas 30minit, boleh makan. Selamat Mencuba :)



 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI