Tuesday, 30 June 2015

Dapur Kekja :Sambal Totok (family's recipe)


Salam 13th Ramadhan 2015 . Alhamdulillah , harini baru rasa nak turun dapur. ops! huhuhu
Harini juadah untuk iftar pucuk ubi masak lemak, ikan goreng dengan sambal totok. Simple tapi sedap kemain.

Okay, nak ajar sambal totok ni dari Johor. Mak aku orang Johor, ayah orang Pahang.

Bahan :

Segenggam ikan bilis
Segenggam cili padi
5/6 ulas bawang putih
Lesung batu

Cara masak :

Goreng ikan bilis, selang 1 atau 2 minit lepastu masukkan bawang putih.
Then biar agak nak coklat tu, tutup api then masukkan cilipadi. Terus! tutup dgn penutup kuali. Nanti meletup letup minyak tu.

Lepastu tunggu sampai minyak tu senyap atau berhenti meletup.Then, tumbuk kesemua yang sudah digoreng tu. Tumbuk habis habis. Ha siap! Hehe


p/s : sambal totok ni sedap makan dengan lauk yang berkuah. contohnya pucuk ubi masak lemak, sayur kangkung ke. Huhu, selamat mencuba!


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI